Pendidikan Islam Tahun 6
(IBADAH)
Rukhsah Solat Ketika Sakit (RSKS)
RSKS
Cadangan Aktiviti PDP
Pada bahagian ini, Pengarang mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan sewaktu PDP bersesuaian dengan topik pembelajaran ibadah Pendidikan Islam Tahun 6 "Rukhsah Solat Ketika Sakit".
SIMULASI TATACARA SOLAT KETIKA SAKIT
Cara Pelaksanaan
-
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan oleh guru
-
Murid berada di dalam kumpulan
-
Wakil setiap kumpulan dipanggil oleh guru untuk mengambil satu kertas di dalam sebuah kotak.
-
Kertas di dalam kotak tersebut dituliskan satu jenis rukhsah solat yang dilaksanakan ketika sakit. Cth: Solat secara duduk
-
Wakil kumpulan menunjukkan tajuk yang didapati kepada ahli kumpulan
-
Setiap kumpulan diberikan masa 15 minit untuk berbincang tentang tatacara solat ketika sakit yang mereka peroleh.
-
Setelah 15 minit, guru meminta 3 orang wakil daripada setiap kumpulan untuk menerangkan tatacara solat ketika sakit yang mereka peroleh dengan melaksanakan simulasi dan penerangan.
-
1 orang dikehendaki melakukan simulasi solat ketika sakit dan 2 orang lagi diminta untuk memberi penerangan berkenaan dengan langkah-langkah tatacara solat tersebut.
-
Semua Murid perlu memerhati simulasi tatacara solat ketika sakit tersebut.
-
Guru menegur dan membetulkan sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.
GALLERY WALK
Cara Pelaksanaan
-
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan oleh guru.
-
Wakil setiap kumpulan dipanggil oleh guru untuk mengambil satu kertas di dalam sebuah kotak.
-
Kertas di dalam kotak tersebut dituliskan satu jenis rukhsah solat yang dilaksanakan ketika sakit. Cth: Solat secara duduk
-
Wakil kumpulan menunjukkan tajuk yang didapati kepada ahli kumpulan
-
Setiap kumpulan diberikan satu kertas mahjong dan beberapa marker pen oleh guru.
-
Guru menerangkan kepada murid tentang aktiviti Gallery Walk yang ingin dijalankan.
-
Setiap kumpulan diberikan masa 20 minit untuk berbincang dan menghasilkan sebuah peta minda tentang tatacara solat ketika sakit yang mereka peroleh.
-
Murid dibenarkan untuk merujuk buku teks.
-
Setelah 20 minit, murid perlu menampal hasil kerja mereka di sudut-sudut kelas yang telah ditetapkan oleh guru.
-
1 orang ahli kumpulan dikehendaki berada di stesen sendiri untuk menjelaskan hasil kerja kumpulan mereka, manakala ahli yang lain dikehendaki bergerak ke stesen-stesen ahli kumpulan lain
-
Murid diminta untuk bertanyakan soalan kepada setiap wakil yang ada di setesen tersebut serta perlu memberi maklum balas mengenai hasil kerja kumpulan yang mereka kunjungi.
-
Setiap stesen diperuntukkan masa selama 5 minit sahaja untuk mengunjungi sebuah stesen dan selepas itu perlu bergerak ke stesen lain
-
Guru menegur dan membetulkan sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.
-
Sebagai penutup guru meminta beberapa orang murid untuk membuat refleksi.
HOT SEAT
Cara Pelaksanaan
-
Guru meletakkan sebuah kerusi di hadapan kelas
-
Guru menjelaskan aktiviti yang ingin dilaksanakan iaitu "Hot Seat"
-
Guru akan memilih beberapa orang murid untuk duduk di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
-
Murid dipilih berdasarkan permainan kotak beracun yang menggunakan muzik.
-
Murid yang terpilih akan menerangkan satu tatacara solat ketika sakit yang mereka telah baca dan pelajari.
-
Murid yang lain perlu mendengar penerangan tersebut dengan teliti.
-
Murid lain boleh bertanyakan soalan kepada murid yang duduk di kerusi tersebut.
-
Murid yang duduk di kerusi tersebut perlu menjawab soalan yang diajukan oleh rakannya mengenai apa yang dijelaskan olehnya tadi.
-
Setelah selesai, murid yang lain pula akan dipilih untuk duduk di kerusi tersebut.
-
Guru menegur dan membetulkan sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.
Peta I-Think
Cara Pelaksanaan
-
Guru memberikan kertas kepada setiap orang murid.
-
Murid dikehendaki untuk menghasilkan satu peta buih mengenai kepentingan menunaikan solat ketika sakit
-
Guru memberi masa 15 minit kepada murid untuk menghasilkan peta buih tersebut.
-
Guru menggalakkan murid untuk menghias peta buih tersebut mengikut kreativiti masing-masing
-
Setelah 15 minit guru meminta semua murid untuk menghantar hasil kerja mereka.
-
Guru akan memilih 5 peta buih yang paling menarik untuk diberikan hadiah.
-
Peta buih yang dihasilkan oleh semua murid akan ditampal pada papan kenyataan belakang kelas di bahagian P.Islam.